Get Adobe Flash player
  • Banner_BM_01
  • Banner_BM_02
  • Banner_BM_03
  • Hari Keusahawan 2017
  • mahem

Sejarah SMKTC

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Idea untuk membina sebuah sekolah di kawasan Cheras telah dibentangkan pada Julai 1987. Pada Disember 1988 projek ini telah dilancarkan. Pada permulaannya tapak sekolah bersituasi di Taman Segar, tetapi tapak itu terlalu kecil dan berbukit-bukit jadi tapak itu dipindahkan ke Taman Mulia. Di sana terdapat masalah teknikal, jadi ia dipindahkan pula ke Bandar Tun Razak. Memandangkan BTR sudah ada sekolah di kawasan itu, maka Taman Connaught dipilih sebagai tempat yang paling sesuai untuk menjadi tapak pembinaan.

Kontrak ini telah diberikan kepada Sistem Berjaya Berhad, Kuala Lumpur dan kos pembinaannya ialah 2.5 juta Ringgit Malaysia. Tarikh permulaan ialah pada 4 Disember 1989. Kerja sivil telah disiapkan pada 1990, tetapi kerja elektrik tidak disiapkan. Maka kontrak untuk menyiapkan kerja elektrik telah diberikan kepada Rasah Jaya Enterprise Sdn Bhd. Kerja elektrik telah disiapkan pada November 1991 dan bekalan elektrik telah diberikan pada 10:18 pagi 27 November 1991. Semua kos pembinaan telah dibiayai oleh Bank Dunia.

Luas kawasan sekolah ialah 9269m persegi dan mempunyai 34 buah bilik darjah, 6 buah makmal , Pusat Sumber, Bilik jahitan, Bilik Masakan, Kantin, Bilik sakit dan Bilik Komputer (diubahsuai).
Pada masa itu, pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Taman Connaught.

Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan sekolah di kawasan ini memandangkan penduduk di kawasan sekitar semakin bertambah. Dengan adanya sekolah ini, ia dapat memudahkan penduduk di kawasan ini iaitu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Sekolah ini mengambil nama tempat lokasi ini iaitu Taman Connaught. Ia bersesuaian sekali dengan mendengar namanya supaya orang akan mengetahui di mana letaknya sekolah ini.

Setiap sekolah mempunyai lambang-lambangnya yang tersendiri. Begitu juga dengan sekolah ini. Lencana sekolah ini dicipta oleh pelajar sekolah ini dengan bantuan Guru Pendidikan Seni iaitu Encik Zulkifli Rejab. Motto yang dipilih ialah “Ilmu Suluh Hidup”. Namun begitu sekolah ini masih belum mempunyai lagu sekolah.

 

SEJARAH PERKEMBANGAN SECARA RINGKAS

Setelah setahun pelajar sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Taman Connaught pada 3hb Disember 1990 sekolah ini berpindah ke bangunan sekolah sendiri. Pada masa itu, bangunan sekolah ini belum siap keseluruhannya infrastruktur seperti elektrik, perpustakaan, makmal dan lain-lain kemudahan masih belum dapat dinikmati lagi. Namun demikian secara beransur-ansur semua kemudahan dapat dinikmati oleh pelajar-pelajar di sini.

Jumlah guru-guru serta pelajar juga semakin meningkat. Jumlah guru pada tahun 1989 ialah 13 orang sahaja manakala muridnya pula berjumlah 197 orang. Pada tahun seterusnya bilangan guru dan murid bertambah dengan banyaknya.

Pengetua yang pertama mentadbirkan sekolah ini ialah En. Phua Ser Chew. Beliau adalah seorang pengetua yang baik serta sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal pelajar. Setelah setahun lebih mentadbir sekolah ini, beliau telah bertukar ke sekolah lain. Pengetua yang kedua ialah En. Tang Hock Men dari Sekolah Menengah Chong Hwa, Jalan Gombak. Beliau juga seorang pengetua yang baik, rajin, bertanggungjawab serta sangat mementingkan prestasi pelajar dari segi akademik mahupun kegiatan kokurikulum.

 

SEJARAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Pelajar sekolah ini majoritinya terdiri daripada kaum Cina. Mereka juga datang dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina yang menggunakan Bahasa Cina sepenuhnya. Oleh itu, untuk memperkenalkan pendidikan yang berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan merupakan satu perkara yang agak rumit pada awalnya.

Namun begitu berkat kegigihan guru-guru di sini mengajar dengann tekun dan penuh kesabaran maka kebanyakan pelajar sudah dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan dapat memahami pelajaran yang diajar dalam Bahasa Melayu.

Guru-guru yang bertugas di sekolah ini mempunyai kelayakan ikhtisas dari maktab-maktab perguruan juga dari universiti tempatan dan juga luar negeri. Terdapat juga guru-guru sementara bagi mengatasi masalah kekurangann guru.

Padang sekolah dibina pada 1993 dan disiapkan pada Feb 1994. Padang tersebut mula digunakan pada bulan April 1994. Bengkel KH dibina pada awal 1994. Siap dibina pada September 1994. Kebersihan dan sekuriti telah diswastakan pada 1 Ogos 1994. Pada 1994/1995, populasi sekolah bertambah ke 2650 murid, 1456 lelaki dan 1170 perempuan. Dinding luar sekolah dicat semula dengan matex weatherbond, 2 lapis, 3 blok untuk RM200,000.00 kerja dimulakan pada 23 Disember 1994.

 

MATLAMAT DAN HARAPAN SEKOLAH

Matlamat sekolah ini ialah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dari segi akademik dan kokurikulum di samping mempunyai nilai hidup yang mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang berjaya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Adalah juga menjadikan harapan sekolah agar semua pihak termasuk guru, pelajar dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya semua pihak dapat bekerja sama dan berusaha dengan gigih, tidak mustahil bagi sekolah ini untuk menjadi sekolah yang terbaik di Wilayah Persekutuan.

Pilihan warna

Mutiara Kata

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda perlu menghadapinya.

Albert Camus

Hubungi Kami

allcenter
SMK TAMAN CONNAUGHT
Jalan Ahliman, 56000 Kuala Lumpur
phone Talian Am :
+603 9130 9049
phone Faks :
+603 9132 8527
phone E-mel :
la.wea0216@btpnkl.edu.my
phone Aduan :
la.wea0216@btpnkl.edu.my
phone Direktori :
SMK Taman Connaught
phone Facebook :
https://www.facebook.com/smktc

Undian

Antaramuka Baru / New Interface

Kurang Sukar / Less Difficult - 20%
Sangat Sukar / Most Difficult - 40%
Sukar / Difficult - 20%
Mudah / Easy - 10%
Sangat Mudah / Most Easy - 10%

Jumlah pengundi: 10
Pengundian untuk pungutan suara ini telah berakhir pada: Mac 1, 2014

Kelajuan Halaman

4.87 saat