Portal Rasmi SMK Taman Connaught - Pemberitahuan / Notification http://smktc.edu.my Fri, 15 Dec 2017 06:42:29 +0800 Open Source Excellence RSS Feeder en-gb Dinobatkan Johan Bola Tampar MSSWP Zon Pudu 2017 http://smktc.edu.my/index.php/11-pemberitahuan/121-dinobatkan-johan-bola-tampar-msswp-zon-pudu-2017.html http://smktc.edu.my/index.php/11-pemberitahuan/121-dinobatkan-johan-bola-tampar-msswp-zon-pudu-2017.html Pasukan Bola Tampar (Perempuan) SMKTC telah dinobatkan Johan Bola Tampar MSSWP 2017.

Kejohanan ini berlangsung selama dua hari di SMK Taman Maluri bermula 23 dan 24 Februari 2017

Kejayaan ini memberi semangat kepada pasukan sekolah yang lain untuk merangkul tempat yang terbaik utk setiap Kejohonan yg disertai

Pasukan Bola Tampar (Perempuan) SMKTC akan mewakili Zon Pudu untuk Kejohanan Bola Tampar Peringkat Negeri 2017

Syabas diucapkan!

 

 

 

 

 

]]>
pengguna@smktc.edu.my (pengguna) Sat, 25 Feb 2017 18:46:24 +0800
Kenyataan Media KPM 27 September 2015 : Tindakan Menangani Jerebu di Sekolah http://smktc.edu.my/index.php/11-pemberitahuan/110-kenyataan-media-kpm-27-september-2015-tindakan-menangani-jerebu-di-sekolah.html http://smktc.edu.my/index.php/11-pemberitahuan/110-kenyataan-media-kpm-27-september-2015-tindakan-menangani-jerebu-di-sekolah.html Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini 27 September 2015 mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-300).

Sehubungan dengan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

Terima kasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia
27 September 2015. (rujuk sini)

]]>
la.wea0216@btpnkl.edu.my (Pentadbir Portal) Sun, 27 Sep 2015 21:08:54 +0800